JPPKPI

My photo
Assalamualaikum.. Ahlan wa sahlan/selamat datang/welcome.

Tuesday 16 April 2013


LAPORAN MINGGU LANTUNAN MAHABAH RASULILLAH
Tajuk      : Laporan Minggu Lantunan Mahabbah Rasulillah
Tarikh     : 21 Januari 2013 – 29 Januari 2013
Tempat  : IPG Kampus Pendidikan Islam

Satu program telah dilaksanakan atas kerjasama JPP dan MTEN iaitu Minggu Lantunan Mahabbah Rasulillah bersempena dengan maulidur rasul. Program ini telah berlangsung selama Sembilan hari dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan bermanfaat untuk warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI). Lantunan mahabbah ini dilaksanakan untuk meningkatkan lagi rasa cinta warga IPG KPI kepada rasulullah. Aktivtiti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Lantunan Mahabbah ialah radio islam, kuliah maghrib, ceramah Syamail Muhammad, pertandingan qasidah & puisidra dan Majlis Penutup.

            Radio Islam telah diperdengarkan bermula pada hari isnin iaitu 21 Januari 2013. Waktu yang ditayangkan adalah pada setiap pagi serta pada waktu rehat pelajar di kafe. Radio Islam ini mengalunkan qasidah dan selawat. Pada waktu malam pula diadakan kuliah maghrib serta alunan qasidah. Pada malam kemuncak iaitu 12 Rabiulawal bersamaan 23 Januari 2013 telah diadakan ceramah yang mantap oleh Ustaz Fauzi Al-Yamani. Turut diadakan ceramah Syamail Muhammad oleh Ustaz Syauqi. Pada 24 Januari 2013 pula telah berlangsung pertandingan qasidah dan puisidra bagi muslimin dan muslimat. Para pelajar telah memberikan sambutan yang sangat memberangsangkan dalam pertandingan ini. Puisidra dan qasidah yang sangat menarik sehingga menitiskan air mata penonton.

            Majlis kemuncak Minggu Lantunan Mahabbah iaitu Majlis Penutup Minggu Lantunan Mahabbah telah berlangsung dengan jayanya dan meriah pada 29 Januari 2013. Majlis telah bermula pada 7.45 pagi iaitu dengan perarakan pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam. Setelah itu,  alunan selawat serta qasidah telah dipersembahkan oleh pelajar muslimin. Turut ditayangkanan tayangan multimedia mengenai aktiviti Minggu Lantunan Mahabbah yang disediakan oleh MTEN.  Pada jam 9.00 pagi ceramah khas Lantunan Mahabbah Rasulullah yang bertajuk “Rasulullah Qudwah Sepanjang Zaman” telah disampaikan oleh  Prof. Madya Dr. Hj Hafidzi Mohd Noor. Diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan cenderamata pada pukul 10.00 pagi. Dengan berakhirnya acara ini, berakhir lah Majlis Penutupan Minggu Lantunan Mahabbah.